Website Preloader

Mendirikan Solat Dengan Memakai Pelitup

Dalam situasi kini, setiap individu di Singapura perlu memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah. Orang Muslim juga tidak terkecuali dari menjalankan arahan tersebut. 

Pada masa yang sama, orang Islam perlu mendirikan solat 5 waktu setiap hari. Ini bermakna, bagi mereka yang bekerja, mestilah mendirikan solat di luar rumah seperti di tempat kerja atau di masjid-masjid yang terdekat.

Ini juga bermakna orang-orang Islam mestilah memakai pelitup muka apabila mendirikan solat Ketika di luar rumah. Walaupun dengan memakai pelitup muka, seorang Muslim masih boleh mendirikan solat dengan sempurna.

7 anggota yang diwajibkan ketika sujud adalah: Sebahagian dahi, kedua belah telapak tangan, kedua belah lutut dan jari-jemari kaki.

Daripada pencerahan ini, Difahamkan bahawa memakai pelitup muka ketika bersujud dibenarkan dan ia tidak memgganggu kesempurnaan solat.

Ini adalah seperti apa yang disebutkan di dalam sebuah Irsyad yang disediakan oleh Pejabat Mufti.

Marilah kita memainkan peranan kita dalam membendung wabak Kovid-19!

Islamic Learning

WhatsApp chat